Showing posts with label A/S. Show all posts
Showing posts with label A/S. Show all posts

30 April, 2016

A/S 4

Back and forth now I'm feelin' guilty
Cause I just can't stop this pendulum in my head
Though I know that our time is ending
I'd rather lay forever right in this bed

And I keep waiting like, you might change my mind
Give me one more night


Lagi dua bulan sebelum ulangtahun kelahiran Sha yang ke-30. Waktu zaman universiti dulu-dulu ada satu hari housemate pernah cakap, 

“ Dah 23. Lagi 7 tahun nak 30. Shits got real. Bapak tua dah kita.”
Sha ingat lagi dia balas, “ Lagi 7 tahun. Lama tu. Kalau lahirkan anak, dah masuk sekolah. Dalam 6 tahun boleh habiskan degree medicine lagi.”

Masatu masing-masing iyakan. Semua pun rasa benda yang sama. 7 tahun lama kot.  Macam-macam boleh jadi. 

Fast forward 4 tahun lepastu, rasa macam mid-life crisis. Hari-hari ulang benda yang sama. Pergi kerja, balik kerja. Raya after raya, bulan puasa after bulan puasa. Walaupun macam-macam berjaya Sha kecapi dalam tempoh 7 tahun ni ada satu lagi perkara yang masih tak dapat nak penuhi. Relationship. Bukan tak cuba. Pernah je Sha cuba untuk berkenalan, tapi ada je sesuatu yang rasa macam tak kena. Bukan nak memilih sangat pasangan ke apa, tapi kalau hati tak rasa nak komited atau rasa macam nak bersama sehidup semati dengan seseorang, Sha rasa macam dia tak perlu bazirkan masa orang. 

 ********

Em kahwin dalam 6 bulan lepas Sofea kahwin tapi Em dapat anak pertama dulu. And then Sofea. Itupun lepas Sofea keguguran anak pertama. Rezeqi Allah macam tu lah. Semua orang ada bahagian masing-masing.  Sha teringat kak Ana. Kak Ana lepas kahwin 6 tahun baru dapat anak pertama. 

Itupun Kak Ana dengan Abang Adam bercerai lepas 8 tahun dah kahwin. Tengok balik Lily kadang-kadang rasa tak best bila fikir pasal kak Ana dengan abang Adam. Kesian, sebab Lily tu tak pernah rasa pun mak ayah tinggal sebumbung. Abang Adam dengan Kak Ana dua-dua pun tak kahwin lain sampai sekarang. Dah 7 tahun bercerai. 

Dulu Sha tak pernah kisah sebab apa diorang bercerai. Tak pernah rasa nak ambil tahu. Sebab Kak Ana pun takde nak bukak cerita. Mak pun tak pernah nak ajak bercerita sama masa tengah masak kat dapur ke, masa tengah sama-sama kemas laman rumah ke. Mungkin sebab Sha pun tak pernah tanya. Akhir-akhir ni mak banyak kongsi pasal kawan-kawan dari kelas agama mak je. 

Sejak tinggal balik dengan mak rasa lebih hidup sikit. Sebab mak memang jenis suka bersembang. Sha pulak memang jenis suka sangat dengar mak cerita pasal zaman muda-mudi mak. Sejak akhir ni mak banyak jugak cerita pasal zaman mak tinggal dekat California dulu. Kadang Sha terfikir, mak pernah sebaya dengan Sha dan Sha tak pernah berpeluang kenal mak yang tu. Dan itu buat Sha tertanya, kalau Sha dapat peluang kenal mak masa tu, 'zaman California' mak, zaman mak dengan sweatshirt universiti dan jaket kulit dengan skirt semi-labuh paras lutut, zaman mak dengan rambut panjang paras pinggang. Sha senyum sorang fikir. 

Kadang-kadang lupa mak pun pernah muda. Sha hanya kenal mak yang umur 34 tahun. Hanya kenal mak yang surirumah sepenuh masa. Hanya kenal mak yang dedikasikan 24 jam sehari untuk jaga rumah dan anak-anak. 

Hari ni sewaktu sama-sama masak tengahari untuk makan keluarga Sha tenung teliti muka mak. Mak yang tengah cerita pasal pokok-pokok bunga yang jiran tanam. Sha kira sebiji-sebiji tahi lalat kat muka mak. Sesuatu yang Sha tak pernah buat sebelum ni. Mak tiba-tiba gelak sebab teringatkan kawan sekelas mengaji mak. Sha tak berapa dengar cerita mak tapi dia turut gelak. Mak mungkin perasan Sha tenung mak macam tu sebab mak tiba-tiba berhenti siang batang kacang panjang. 

“ Ngape kamu  ni Sha?” Mak tanya. Lembut je suara mak. 
“ Takde pape, kenapa, ma?” balas Sha, sengaja buat-buat pelik dengan mak. Takmaulah mak  tahu dia tengah sentimental bilang tahi lalat kat muka mak. 

“ Slow meno potong karot nye. Mak dah habis kamu kat situ je.” 

“ Tangan orang sakit....” Sha bagi alasan. 
“ Orang sakit pun takde selow macam kamu eh..” balas mak. Mak ambil baki karot depan Sha dan sambung potong. 

“ Mak...” panggil Sha. 
“ Hm..” jawab mak, tangan mak tengah laju potong karot. 
“ Kak Ana kan mak, kenapa dulu dia dengan abang adam tu bercerai?” 
“ Ngape kamu tanya?”
“ Takde, saje. Orang baru terfikir. Lepastu bukannya kak Ana ke abang Adam ke kahwin yang baru. Lepastu orang tengok kalau abang adam datang ambil lily pun kak ana okay sangat dengan dia. Macam takdela ada problem ke apa ke.”

“ Nak ada problem apa....Kan nak jaga anak sama-sama.” balas mak.
“ Takdelah selalu orang cerai manada baik macam tu kan mak.”
“ Eloklah takde gaduh-gaduh...”
“ Memanglah elok.. tu lagi la orang tak faham kenapa kena bercerai..” Sha masih tak puas hati.
“ Mak nak cakap pun takut Sha tak faham. Kamu belum kahwin lagi..” 
“ Kenapa pulak..”
“ Orang dah kahwin ni banyak masalahnya. Bukan nak tinggal sama, sekali sebumbung je. Macam-macam lagi kena kongsi. Semua bendalah kena kongsi. Banyak sebab boleh jadi kenapa orang berpisah. Takde pun yang berpisah suka-suka. Ade le tu masalah nya.” balas mak panjang.

Sha diam. 

“ Nanti kamu kahwin kamu faham le mak cakap apa,” Karot dah siap potong. Mak bingkas bangun nak basuh semua yang dah siap potong. Sha ikut mak ke singki. 

“ Taktahula kahwin ke tak, mak...” Mak hanya senyum sikit. 

“ Mak ni senyum kenapa. Orang cakap betul ni..” Selama ni mak memang tak pernah sekali pun paksa Sha cepat-cepat kahwin. Setiap kali orang tanya pun mak jawab je

 “ Kalau dah sampai jodoh dia, kahwinla nanti..”  

Sebab tu Sha pun tak pernah stress ke rushing ke cari orang. Ayah lagi la. Ntah ayah kisah ke tak. 

“ Tahulah kamu tu... tak jumpa siapa lagi kamu cakap macam tu. Nanti ada orang, lain pulak kamu cakap...” 

Lepastu Sha diam je. Terfikir apa yang mak cakap. Mak selalu positif Sha akan kahwin. Dulu Kak Ana umur 22 tahun dah kahwin. Even belum habis degree lagi pun kak Ana memang dah bertunang dengan abang Adam. Along memang kahwin lambat tapi sebab Along lelaki. 

Kadang terfikir jugak, kenapa mak tak pernah nak pressure Sha kahwin, tapi yelah, mak pun selalu je cakap, jodoh tu rahsia Tuhan. Jodoh, rezeqi dengan ajal, semua rahsia Tuhan.

Dulu zaman sweet-sweet muda-mudi tengah seronok bercinta dengan Aizat rasa macam 100% je sure akan kahwin. Dalam capsule kecik yang Sha tulis masa umur 17 tahun pun Sha tulis pasal 10 tahun lepas tu Sha akan kahwin dengan Aizat dan ada 10 orang anak sama-sama. Bodoh kan? Haah, sangat. 

Tapi itu perasaan waktu tu. Memang waktu tu genuine rasa macam tu. Kenapalah, kan? Kenapa macam tu sekali rationality waktu usia muda dan tengah bercinta. Harini setiap kali nak cakap pasal perancangan masa depan, mesti banyak sangat banding tara, tolak tambah, semua benda tak berani nak bagi kata putus atau kepastian yang 100%. Takut. Takut tak jadi, takut ada aral melintang, paling penting  takut kalau-kalau ajal sampai dulu sebelum benda yang dirancang tu. 


We fell from the peak
And the stars, they broke their code
I'm trying to forget
How I landed on this road
I'm caught in between
What I wish and what I know
When they say that you just know

Who wrote the book on goodbye?
There's never been a way to make this easy
When there's nothing quite wrong but it don't feel right
Either your head or your heart, you set the other on fire

Lauv - The Other 

02 November, 2015

a/s 3

I thought that I'd been hurt before
But no one's ever left me quite this sore
Your words cut deeper than a knife
Now I need someone to breathe me back to life
Got a feeling that I'm going under
But I know that I'll make it out alive
If I quit calling you my lover
Move on

Setelah sekian lama Sha tak bukak Facebook menerusi laptop, haritu Sha pun bukak sebab nak tengok gambar-gambar perkahwinan Sofea tempoh hari.  Belum sampai seminit bukak Facebook, mata dah terpaku dekat bahagian People You May Know.  Ada facebook profile dengan nama Aizat Hakimi.

Sha tiba-tiba teringat sesuatu. Kali terakhir dia berjumpa Aizat ialah 2 tahun lepas. Dan waktu tu, perasaan bercampur baur, rasa macam nak termuntah, rasa berbunga, rasa senak, rasa macam-macam dalam satu masa. Dan untuk sesaat dalam tempoh berjumpa yang tak sampai pun 16 minit tu, Sha ada jugak terfikir, ‘ Kenapa Aizat kat sini, adakah ini petanda sesuatu’, dan macam tak percaya, walaupun waktu tu dah berpisah bertahun dengan Aizat rasa macam tak berubah perasaan, sama macam waktu terserempak dengan Aizat bila-bila zaman sekolah menengah. 

Tapi end up  waktu jumpa tempoh hari Aizat bagitahu dia dah bertunang dengan seseorang, dan yang paling kelakar, dengan Jonet? Jonet classmate Aizat form 5. Jonet form 4 baru. Jonet, Jonet?

Tangan rasa gatal sangat nak klik kat profile facebook Aizat yang Sha dah berzaman unfriend. Otak cuba nak rasional ‘ Kenapa pulak kena tengok profile Aizat?’, ‘ Kenapa pulak tak boleh?’.  Tapi akhirnya Sha tak bukak. Beza Sha dengan kita ialah, dia tak stalk ex dia punya facebook profile, apatah lagi setelah dah unfriend.

***

‘ Sha.’
‘ Sha.’ Panggil Aizat sekali lagi bila Sha tak jawab.
‘ Hmm.’
‘ You okay tak?’
‘ Kenapa dengan I?’ Sha pelik.
‘ You diam je dari tadi. You tak jawab pun soalan I.’ Dahi Aizat dah berkerut. Sha disebelah masih pejamkan mata.

‘ Sorry apa you tanya tadi? I tak dengar.’ Soal Sha sambil mata Sha buka perlahan. Suara Sha jelas kedengaran. Bila Sha buka mata, dia masih dalam bilik tidur yang gelap gelita. ‘Ya Allah mengigau rupanya’ fikir Sha. Dahi dan tengkuk Sha urut perlahan. Rasa penat sangat-sangat. Rasa dahaga.  

‘Kenapalah mimpi pasal Aizat..’. Sha duduk di kerusi meja makan, termenung pandang air kosong dalam mug di tangan.

‘ Peliknya....’ fikir Sha lagi. 

***

Kalau kira-kira dah 4 tahun tak contact, tak apa. Jumpa sekali je dalam tempoh 4 tahun. For 16 minutes je. Otak masih ligat fikir. Sekali sekali mesti akan ada tempoh waktu macam ni. Teringat Aizat. Mungkin sebab takde orang lain dalam hidup lepas Aizat. Tak pasti silap dia kat mana. Lagi  7 bulan sebelum usia cecah angka 30.

Dulu waktu muda umur 20-an tak pernah terfikir akan single sampai umur 29. Rasanya makcik-makcik kat kampung pun dah tak hadap dah nak tanya soalan sama setiap tahun balik raya, ‘ Tahun ni ke Sha?’, ‘ Takde bawak kawan balik ke Sha?’.

Jujurnya rasa dah give up. Sejak umur 27 tahun dan masih single, macam-macam Sha buat. Dan yang pasti kahwin ataupun relationship dah takde dalam kepala otak since then. Dah pakai braces, dah tanggal dah pun. Dah habis belajar semua chords gitar dah boleh bila-bila nak strum lagu apa-apa. Dah cuba bela ikan emas 2 ekor, sekarang tinggal sekor je. Dah solo travel ke India dan New Zealand.  

Bila Sofea kahwin, mak dah pun ajak Sha tinggal sama balik. Takkn nak tinggal sorang kat rumah sewa tiga bilik tu. Bayar sewa lagi. Tapi entahlah.  Air kat tangan Sha teguk sampai habis.  
‘Aizat, Aizat, Aizat.’ Fikir Sha lagi.

Laptop Sha buka. Profile Aizat Hakimi di ruangan People You May Know Sha tekan. Mata terhenti pada gambar profile Aizat. Aizat tengah senyum sambil dukung seorang bayi kecil. Mata Sha berkaca sikit. Tak pasti kenapa. Cepat-cepat Sha tutup Google Chrome. Shut down laptop. Kepala rasa berat yang teramat.


Dan pagi-pagi buta dingin tu Sha ambil wudhu’ dan berdiri menghadap Ilahi. Bukan sebab Aizat. Cuma rasa macam nak solat syukur, solat taubat. Syukur untuk semua kesenangan yang Allah dan bagi sepanjang 29 tahun hidup. Taubat untuk semua dosa-dosa sebab lalai, sebab kadang-kadang tak rasa macam ada mata yang pandang 24 jam, yang paling dekat, yang paling sayang,  yang akan jawab semua persoalan dan kehendak bila dah sampai masa. 

You watch me bleed until I can't breathe
Shaking, falling onto my knees
And now that I'm without your kisses
I'll be needing stitches
Tripping over myself
Aching, begging you to come help
And now that I'm without your kisses
I'll be needing stitches
Gambar hiasan. 

Sometimes you just feel everything and nothing all at once. Sometimes you’ll find yourself smiling while missing something at the same time. At times you can absolutely love a person, all the while wanting to hate them. Life comes without guarantees. Except that smiling will brighten your face, laughing will enhance your eyes, and falling in love will change your life. - unknown

TBC

05 May, 2013

A/S 2

I can't believe it's over
I watched the whole thing fall
And I never saw the writing that was on the wall
If I'd only knew
The days were slipping past
That the good things never last
That you were crying


Dalam tempoh dua tahun sepanjang Sha dekat USA, Aizat tak pernah call atau sms, atau IM atau follow twitter atau instagram Sha walaupun masing-masing tahu kewujudan masing-masing. Absolutely nothing. Jadi Sha fikir, mungkin Aizat dah sepenuhnya moved on. 

Kenapa entah, sejak kebelakangan ni, Aizat je yang penuhi fikiran. Bila dengar lagu-lagu lama dalam playlist zaman sekolah menengah dan asasi, mesti teringat kat Aizat. Lagu-lagu yang pernah kongsi sama-sama. Bila makan roti john yang beli kat pasar malam pun teringat kat Aizat. Bila makan Big Apple kat Mid Valley pun teringat kat Aizat. Bila ulang tengok filem Saw pun teringat kat Aizat. 

Sejak mula kerja ni, orang asyik tanya soalan yang sama je. 

' Bila nak kahwin, Sha?' 

Paling tak menahan bila makcik-makcik saudara siap cakap,

 ' Kamu tu calon pun takde lagi ke Sha? Kut tak kahwin kamu ni lepas dah bergaji, berkereta apa semua.'

Lagi tak tahan bila adik-adik saudara umur baru cecah 22, 23 tahun dah bertunang. Kenduri member-member pun berderet je sekarang. Hampir setiap hujung minggu. 

Satu malam dalam bulan Disember, Sha mimpi. Aizat datang bilik Sha. Dengan kot putih berlipat kemas kat tangan kiri, Aizat berdiri sebelah meja kopi kecil  kat hujung katil. Ada 1001 persoalan masa tu, macamana Aizat boleh ada dalam bilik ni, kenapa Aizat datang, kenapa Aizat ada kat tepi meja tu. Bila tersedar, Sha perhati betul-betul spot Aizat berdiri dalam mimpi semalam. Takde apa. 

Pada satu malam yang lain, dalam awal bulan Mac tahun ni, Sha dengan Em dan Sofea pergi downtown area Mines. Habis sekali pusing usha-usha apa ada, tiga-tiga gerak ke salah sebuah gerai kecik tepi kedai-kedai beg dan baju. Nak basahkan tekak. Sha duduk copkan tempat lepas order air kat Em. Sofea pulak pergi cari  kacang rebus. 

Tetengah usha phone, scrolling timeline twitter sambil tunggu air laici bandung sampai, Sha dengar Aizat panggil.

' Sha.'

Sha senyum je. Dalam hati fikir, punyalah rindu sampai terbayang Aizat panggil.

' Sha.' Panggil Aizat lagi. Kalini jelas kedengaran, macam betul-betul. Sha angkat muka dari phone kat tangan. 

Aizat tengah duduk kat meja sebarang, sambil tangan kiri menongkat dagu, dan tangan kanan terangkat tunjuk high-5, tersenyum hensem.

Sha lupa, dia senyum balik atau tak. 

Lewat bulan Mei, dalam 2,3 bulan lepas terserempak dengan Aizat dekat downtown malam tu, sampul surat kad jemputan perkahwinan sampai rumah. Kad kahwin warna putih tu berbau wangi dan lawa dengan ukiran bebunga kat tepi. 

" Sukacita menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Cik _________ dan keluarga ke majlis perkahwinan anak kami, Aizat Hakimi bin Sharafie dan Nadia binti Mokhtar pada...." 

Pada ruang kosong tu, tertulis, 'Farisha Ahmad'. 
Tulisan tangan Aizat yang Sha kenal sangat-sangat. 

***

" Nah." 

Plastik berisi kotak Aizat letak atas meja Sha. Budak-budak kelas waktu tu dah gerak ke Dewan Makan untuk supper lepas habis prep malam. 

Dengan muka separuh terkejut, separuh suka, kotak besar Big Apple tu Sha bukak. Set 16 ketul donat. Dah tak boleh tahan mulut ternganga sebab suka sangat-sangat. 

Aizat yang berdiri kat sebelah cuma senyum. Kening sebelah terangkat. ' Suka?'

Sha senyum lebar. ' Banyaknyaaa.' balas Sha, tanpa suara. 

Aizat tarik kerusi depan dan duduk. 

" Alaa, takpe kalau tak larat nanti boleh share dengan budak dorm."

" Nak makan sekali?" tanya Sha. Aizat angguk. 

" Nak yang mana?" Jari telunjuk tunjuk donat yang hujung sekali. 

" Perasa Alien." Dan dua-dua ambil donat perasa sama. 

***

Aizat tarik kerusi depan dan duduk. 

" Hai." 

" Hai." Sha telan air liur. Tuhan je yang tahu betapa lajunya jantung berdegup waktu tu.

" Sorang je?" tanya Aizat. Sha geleng. 

" Tak. Datang dengan dua orang lagi." Entah kenapa suara macam nak tak nak keluar. Tekak rasa kering teramat. 

" Mana yang lain?" tanya Aizat lagi.

" Diorang pi belikan air." Dalam hati, Sha tengah duk fikir macamana Aizat boleh cool sangat tak gelabah pun. 

" Air bandung?" 

" Dengan laici." 

Aizat senyum. Lagi lah rasa nak gugur jantung. Dia ingat lagi Sha suka air bandung pulak tu. Dan Sha pun ikut senyum. 

" Bila balik Malaysia?"

" Dalam sebulan  jugak lah." 

" Dah start kerja?" 

Sha angguk. Aizat pun ikut angguk. Dan lepas tu, dua-dua senyap selama seminit yang sangat-sangat awkward rasa macam sejam. 

" Aizat sorang je?" giliran Sha tanya. 

" Oh tak, dengan Nadia sebenarnya."

" Nadia?" Dahi dah berkerut. Nadia? Nadia mana? Cara Aizat cakap macamlah dia kenal Nadia tu siapa.

Aizat angguk. " Nadia. Nadia Mokhtar?"

" Nadia Mokhtar?" tanya Sha lagi. Dia sendiri terkejut, nama tu macam familiar. 

" Kelas 5 AK. Tak ingat?"

" You mean Jonet ke?"

" Aaah.. Jonet " Dan Aizat angguk sambil tergelak kecil. Muka Sha penuh tanda tanya. 

" Kitorang bertunang dalam akhir tahun lepas. Majlis kecil-kecil je. " Dan Aizat senyum. 

***
Life can show no mercy
It can tear your soul apart
It can make you feel like you've gone crazy
But you're not

Things have seemed to change
There's one thing that's still the same
In my heart you have remained
And we can fly fly fly away
Micheal Buble, Lost. 

End.

02 May, 2013

A/S 1

Sha pelik.

Lepas berpisah dengan Aizat, memang takde siapa berani dekat. Memang dia akui, Aizat fits her well, kata omputih. Kira kehadiran Aizat dalam hidup dia memang menyempurnakan serba serbi.

Pernah dia dengan Aizat gaduh-gaduh dalam kereta, tapi boleh baik semula hanya sebab radio mainkan lagu yang mereka berdua suka. Aizat pernah bagitahu, macamana dia marah sekali pun, dia akan balik dekat Sha jugak, sebab kalau jodoh, takkan kemana. Sebab kalau jodoh, dia macam kutub utara dengan selatan dekat magnet. Bila jumpa, walaupun cuba nak pisahkan, akan melekat jugak. 

Pernah jugak Sha cuba tak layan Aizat sehari sebab marah sangat Aizat terlupa nak charge handphone semata-mata sebab tengok bola malam sebelumnya. Nak contact tak dapat. Rupanya sebab phone takde battery. Tapi malam tu, lepas Sha settle mandi, sebelum masuk tidur, automatic tangan terdial nombor Aizat macam biasa. 

Entah kenapa, lepas 4 tahun together, dua-dua rasa boring, dah tak masuk, dah suram, dah takde seri. Tiga empat hari tak contact dalam seminggu tu benda biasa. Bila call, awkward sebab takde benda nak cerita.. Bila nak call, banyak sangat benda nak buat, kadang-kadang tak tercall. Mungkin sebab masing-masing dah busy dengan study. Jauh pulak tu masing-masing. Sorang dekat Selangor, sorang dekat Kuantan. Zaman asasi dengan sekolah dulu hari-hari boleh jumpa. 

Bila Sha dapat offer sambung master dekat Penn State, USA dan Aizat masih dalam practical years di Kuantan, dua-dua nekad, " it's over between us". Tup-tup 5,6 bulan lepas berpisah, Aizat dah upload gambar dia dengan perempuan lain. Dengan caption just tulis, " Selamat! Haha." Aizat dengan kemeja kosong warna biru gelap tergelak besar dan hensem sambil pandang arah lain, dan perempuan bertudung bunga-bunga merah kuning tu senyum manis sebelah Aizat. Tapi entah kenapa Sha tak menangis sedih pun. Instead, dia terus unfriend Aizat. 

Dah hampir setahun dekat USA, memang takde siapa berani approach. Padahal Sha dahlah cantik, dengan ketinggian 5'4", rambut lurus melepasi siku, Sha yang putih kemerahan lagi cantik daripada Ree yang pendek dan chubby. Tapi Ree dah tolak dua pinangan setakat ni sebab yang masuk meminang tak tepati kriteria. 

Tapi Sha okay. 
Beza Sha dengan kita ialah, dia okay. Walaupun takde boyfriend.
Gambar Hiasan.

***

" You tahu I tak suka you buat macam tu kan?" Suara Sha meninggi. 

" Apa lagi? You daripada tadi dah cakap you tak suka, I dah tahu kan sekarang. Dah la?" balas Aizat. Penghawa dingin kereta dia kuatkan. Panas.

" You cakap macam tu, bila I nak tegur you taknak dengar pun, lepastu nanti you buat lagi, kan?!"

" Inilah perempuan. Tak faham I. " Aizat  mengurut leher. Penat dah. 

" Lepastu you nak jugak perempuan jadi girlfriend you? Dah tahu perempuan macam tu? Hah?! " Suara Sha dah sedikit serak.  

Aizat hanya diam.

" Okay, fine! Teruslah dengan perangai you tu, tak pernah nak faham." Sha bersuara bila Aizat hanya diam.

" Okay." balas Aizat, perlahan. 

" Fine!" Sha pandang keluar tingkap kereta. Mata dah berkaca. 

Selama dua ke tiga minit lepastu Sha dengan Aizat dua-dua diam. Aizat on kan radio. Macy Gray, I Try tengah on air. Aizat senyum. 

" Lagu nilah."  Lengan Sha Aizat cuit. 

" Yang mana?" Kening Sha berkerut, cuba nak ingat, lagu apa yang sedang dimainkan. " Ahhh!" Dia jerit kecil. " Teater haritu?" 

Aizat angguk. Dia ikut nyanyi dalam nada rendah. Sha pun dah mula senyum.

I try to say goodbye and I choke, 
I try to walk away and I stumble,
Though I try to hide it, it's clear,
My world crumble when you are not near.
Macy Gray, I Try. 

***