Back and forth now I'm feelin' guilty
Cause I just can't stop this pendulum in my head
Though I know that our time is ending
I'd rather lay forever right in this bed
And I keep waiting like, you might change my mind
Give me one more night
Lagi dua bulan sebelum ulangtahun kelahiran Sha yang ke-30. Waktu zaman universiti dulu-dulu ada satu hari housemate pernah cakap,
“ Dah 23. Lagi 7 tahun nak 30. Shits got real. Bapak tua dah kita.”
Sha ingat lagi dia balas, “ Lagi 7 tahun. Lama tu. Kalau lahirkan anak, dah masuk sekolah. Dalam 6 tahun boleh habiskan degree medicine lagi.”
Masatu masing-masing iyakan. Semua pun rasa benda yang sama. 7 tahun lama kot. Macam-macam boleh jadi.
Fast forward 4 tahun lepastu, rasa macam mid-life crisis. Hari-hari ulang benda yang sama. Pergi kerja, balik kerja. Raya after raya, bulan puasa after bulan puasa. Walaupun macam-macam berjaya Sha kecapi dalam tempoh 7 tahun ni ada satu lagi perkara yang masih tak dapat nak penuhi. Relationship. Bukan tak cuba. Pernah je Sha cuba untuk berkenalan, tapi ada je sesuatu yang rasa macam tak kena. Bukan nak memilih sangat pasangan ke apa, tapi kalau hati tak rasa nak komited atau rasa macam nak bersama sehidup semati dengan seseorang, Sha rasa macam dia tak perlu bazirkan masa orang.
********
Em kahwin dalam 6 bulan lepas Sofea kahwin tapi Em dapat anak pertama dulu. And then Sofea. Itupun lepas Sofea keguguran anak pertama. Rezeqi Allah macam tu lah. Semua orang ada bahagian masing-masing. Sha teringat kak Ana. Kak Ana lepas kahwin 6 tahun baru dapat anak pertama.
Itupun Kak Ana dengan Abang Adam bercerai lepas 8 tahun dah kahwin. Tengok balik Lily kadang-kadang rasa tak best bila fikir pasal kak Ana dengan abang Adam. Kesian, sebab Lily tu tak pernah rasa pun mak ayah tinggal sebumbung. Abang Adam dengan Kak Ana dua-dua pun tak kahwin lain sampai sekarang. Dah 7 tahun bercerai.
Dulu Sha tak pernah kisah sebab apa diorang bercerai. Tak pernah rasa nak ambil tahu. Sebab Kak Ana pun takde nak bukak cerita. Mak pun tak pernah nak ajak bercerita sama masa tengah masak kat dapur ke, masa tengah sama-sama kemas laman rumah ke. Mungkin sebab Sha pun tak pernah tanya. Akhir-akhir ni mak banyak kongsi pasal kawan-kawan dari kelas agama mak je.
Sejak tinggal balik dengan mak rasa lebih hidup sikit. Sebab mak memang jenis suka bersembang. Sha pulak memang jenis suka sangat dengar mak cerita pasal zaman muda-mudi mak. Sejak akhir ni mak banyak jugak cerita pasal zaman mak tinggal dekat California dulu. Kadang Sha terfikir, mak pernah sebaya dengan Sha dan Sha tak pernah berpeluang kenal mak yang tu. Dan itu buat Sha tertanya, kalau Sha dapat peluang kenal mak masa tu, 'zaman California' mak, zaman mak dengan sweatshirt universiti dan jaket kulit dengan skirt semi-labuh paras lutut, zaman mak dengan rambut panjang paras pinggang. Sha senyum sorang fikir.
Kadang-kadang lupa mak pun pernah muda. Sha hanya kenal mak yang umur 34 tahun. Hanya kenal mak yang surirumah sepenuh masa. Hanya kenal mak yang dedikasikan 24 jam sehari untuk jaga rumah dan anak-anak.
Hari ni sewaktu sama-sama masak tengahari untuk makan keluarga Sha tenung teliti muka mak. Mak yang tengah cerita pasal pokok-pokok bunga yang jiran tanam. Sha kira sebiji-sebiji tahi lalat kat muka mak. Sesuatu yang Sha tak pernah buat sebelum ni. Mak tiba-tiba gelak sebab teringatkan kawan sekelas mengaji mak. Sha tak berapa dengar cerita mak tapi dia turut gelak. Mak mungkin perasan Sha tenung mak macam tu sebab mak tiba-tiba berhenti siang batang kacang panjang.
“ Ngape kamu ni Sha?” Mak tanya. Lembut je suara mak.
“ Takde pape, kenapa, ma?” balas Sha, sengaja buat-buat pelik dengan mak. Takmaulah mak tahu dia tengah sentimental bilang tahi lalat kat muka mak.
“ Slow meno potong karot nye. Mak dah habis kamu kat situ je.”
“ Tangan orang sakit....” Sha bagi alasan.
“ Orang sakit pun takde selow macam kamu eh..” balas mak. Mak ambil baki karot depan Sha dan sambung potong.
“ Mak...” panggil Sha.
“ Hm..” jawab mak, tangan mak tengah laju potong karot.
“ Kak Ana kan mak, kenapa dulu dia dengan abang adam tu bercerai?”
“ Ngape kamu tanya?”
“ Takde, saje. Orang baru terfikir. Lepastu bukannya kak Ana ke abang Adam ke kahwin yang baru. Lepastu orang tengok kalau abang adam datang ambil lily pun kak ana okay sangat dengan dia. Macam takdela ada problem ke apa ke.”
“ Nak ada problem apa....Kan nak jaga anak sama-sama.” balas mak.
“ Takdelah selalu orang cerai manada baik macam tu kan mak.”
“ Eloklah takde gaduh-gaduh...”
“ Memanglah elok.. tu lagi la orang tak faham kenapa kena bercerai..” Sha masih tak puas hati.
“ Mak nak cakap pun takut Sha tak faham. Kamu belum kahwin lagi..”
“ Kenapa pulak..”
“ Orang dah kahwin ni banyak masalahnya. Bukan nak tinggal sama, sekali sebumbung je. Macam-macam lagi kena kongsi. Semua bendalah kena kongsi. Banyak sebab boleh jadi kenapa orang berpisah. Takde pun yang berpisah suka-suka. Ade le tu masalah nya.” balas mak panjang.
Sha diam.
“ Nanti kamu kahwin kamu faham le mak cakap apa,” Karot dah siap potong. Mak bingkas bangun nak basuh semua yang dah siap potong. Sha ikut mak ke singki.
“ Taktahula kahwin ke tak, mak...” Mak hanya senyum sikit.
“ Mak ni senyum kenapa. Orang cakap betul ni..” Selama ni mak memang tak pernah sekali pun paksa Sha cepat-cepat kahwin. Setiap kali orang tanya pun mak jawab je
“ Kalau dah sampai jodoh dia, kahwinla nanti..”
Sebab tu Sha pun tak pernah stress ke rushing ke cari orang. Ayah lagi la. Ntah ayah kisah ke tak.
“ Tahulah kamu tu... tak jumpa siapa lagi kamu cakap macam tu. Nanti ada orang, lain pulak kamu cakap...”
Lepastu Sha diam je. Terfikir apa yang mak cakap. Mak selalu positif Sha akan kahwin. Dulu Kak Ana umur 22 tahun dah kahwin. Even belum habis degree lagi pun kak Ana memang dah bertunang dengan abang Adam. Along memang kahwin lambat tapi sebab Along lelaki.
Kadang terfikir jugak, kenapa mak tak pernah nak pressure Sha kahwin, tapi yelah, mak pun selalu je cakap, jodoh tu rahsia Tuhan. Jodoh, rezeqi dengan ajal, semua rahsia Tuhan.
Dulu zaman sweet-sweet muda-mudi tengah seronok bercinta dengan Aizat rasa macam 100% je sure akan kahwin. Dalam capsule kecik yang Sha tulis masa umur 17 tahun pun Sha tulis pasal 10 tahun lepas tu Sha akan kahwin dengan Aizat dan ada 10 orang anak sama-sama. Bodoh kan? Haah, sangat.
Tapi itu perasaan waktu tu. Memang waktu tu genuine rasa macam tu. Kenapalah, kan? Kenapa macam tu sekali rationality waktu usia muda dan tengah bercinta. Harini setiap kali nak cakap pasal perancangan masa depan, mesti banyak sangat banding tara, tolak tambah, semua benda tak berani nak bagi kata putus atau kepastian yang 100%. Takut. Takut tak jadi, takut ada aral melintang, paling penting takut kalau-kalau ajal sampai dulu sebelum benda yang dirancang tu.
Lauv - The Other

We fell from the peak
And the stars, they broke their code
I'm trying to forget
How I landed on this road
I'm caught in between
What I wish and what I know
When they say that you just know
Who wrote the book on goodbye?
There's never been a way to make this easy
When there's nothing quite wrong but it don't feel right
Either your head or your heart, you set the other on fire

No comments:
Post a Comment
thanks yaww.