05 May, 2013

A/S 2

I can't believe it's over
I watched the whole thing fall
And I never saw the writing that was on the wall
If I'd only knew
The days were slipping past
That the good things never last
That you were crying


Dalam tempoh dua tahun sepanjang Sha dekat USA, Aizat tak pernah call atau sms, atau IM atau follow twitter atau instagram Sha walaupun masing-masing tahu kewujudan masing-masing. Absolutely nothing. Jadi Sha fikir, mungkin Aizat dah sepenuhnya moved on. 

Kenapa entah, sejak kebelakangan ni, Aizat je yang penuhi fikiran. Bila dengar lagu-lagu lama dalam playlist zaman sekolah menengah dan asasi, mesti teringat kat Aizat. Lagu-lagu yang pernah kongsi sama-sama. Bila makan roti john yang beli kat pasar malam pun teringat kat Aizat. Bila makan Big Apple kat Mid Valley pun teringat kat Aizat. Bila ulang tengok filem Saw pun teringat kat Aizat. 

Sejak mula kerja ni, orang asyik tanya soalan yang sama je. 

' Bila nak kahwin, Sha?' 

Paling tak menahan bila makcik-makcik saudara siap cakap,

 ' Kamu tu calon pun takde lagi ke Sha? Kut tak kahwin kamu ni lepas dah bergaji, berkereta apa semua.'

Lagi tak tahan bila adik-adik saudara umur baru cecah 22, 23 tahun dah bertunang. Kenduri member-member pun berderet je sekarang. Hampir setiap hujung minggu. 

Satu malam dalam bulan Disember, Sha mimpi. Aizat datang bilik Sha. Dengan kot putih berlipat kemas kat tangan kiri, Aizat berdiri sebelah meja kopi kecil  kat hujung katil. Ada 1001 persoalan masa tu, macamana Aizat boleh ada dalam bilik ni, kenapa Aizat datang, kenapa Aizat ada kat tepi meja tu. Bila tersedar, Sha perhati betul-betul spot Aizat berdiri dalam mimpi semalam. Takde apa. 

Pada satu malam yang lain, dalam awal bulan Mac tahun ni, Sha dengan Em dan Sofea pergi downtown area Mines. Habis sekali pusing usha-usha apa ada, tiga-tiga gerak ke salah sebuah gerai kecik tepi kedai-kedai beg dan baju. Nak basahkan tekak. Sha duduk copkan tempat lepas order air kat Em. Sofea pulak pergi cari  kacang rebus. 

Tetengah usha phone, scrolling timeline twitter sambil tunggu air laici bandung sampai, Sha dengar Aizat panggil.

' Sha.'

Sha senyum je. Dalam hati fikir, punyalah rindu sampai terbayang Aizat panggil.

' Sha.' Panggil Aizat lagi. Kalini jelas kedengaran, macam betul-betul. Sha angkat muka dari phone kat tangan. 

Aizat tengah duduk kat meja sebarang, sambil tangan kiri menongkat dagu, dan tangan kanan terangkat tunjuk high-5, tersenyum hensem.

Sha lupa, dia senyum balik atau tak. 

Lewat bulan Mei, dalam 2,3 bulan lepas terserempak dengan Aizat dekat downtown malam tu, sampul surat kad jemputan perkahwinan sampai rumah. Kad kahwin warna putih tu berbau wangi dan lawa dengan ukiran bebunga kat tepi. 

" Sukacita menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Cik _________ dan keluarga ke majlis perkahwinan anak kami, Aizat Hakimi bin Sharafie dan Nadia binti Mokhtar pada...." 

Pada ruang kosong tu, tertulis, 'Farisha Ahmad'. 
Tulisan tangan Aizat yang Sha kenal sangat-sangat. 

***

" Nah." 

Plastik berisi kotak Aizat letak atas meja Sha. Budak-budak kelas waktu tu dah gerak ke Dewan Makan untuk supper lepas habis prep malam. 

Dengan muka separuh terkejut, separuh suka, kotak besar Big Apple tu Sha bukak. Set 16 ketul donat. Dah tak boleh tahan mulut ternganga sebab suka sangat-sangat. 

Aizat yang berdiri kat sebelah cuma senyum. Kening sebelah terangkat. ' Suka?'

Sha senyum lebar. ' Banyaknyaaa.' balas Sha, tanpa suara. 

Aizat tarik kerusi depan dan duduk. 

" Alaa, takpe kalau tak larat nanti boleh share dengan budak dorm."

" Nak makan sekali?" tanya Sha. Aizat angguk. 

" Nak yang mana?" Jari telunjuk tunjuk donat yang hujung sekali. 

" Perasa Alien." Dan dua-dua ambil donat perasa sama. 

***

Aizat tarik kerusi depan dan duduk. 

" Hai." 

" Hai." Sha telan air liur. Tuhan je yang tahu betapa lajunya jantung berdegup waktu tu.

" Sorang je?" tanya Aizat. Sha geleng. 

" Tak. Datang dengan dua orang lagi." Entah kenapa suara macam nak tak nak keluar. Tekak rasa kering teramat. 

" Mana yang lain?" tanya Aizat lagi.

" Diorang pi belikan air." Dalam hati, Sha tengah duk fikir macamana Aizat boleh cool sangat tak gelabah pun. 

" Air bandung?" 

" Dengan laici." 

Aizat senyum. Lagi lah rasa nak gugur jantung. Dia ingat lagi Sha suka air bandung pulak tu. Dan Sha pun ikut senyum. 

" Bila balik Malaysia?"

" Dalam sebulan  jugak lah." 

" Dah start kerja?" 

Sha angguk. Aizat pun ikut angguk. Dan lepas tu, dua-dua senyap selama seminit yang sangat-sangat awkward rasa macam sejam. 

" Aizat sorang je?" giliran Sha tanya. 

" Oh tak, dengan Nadia sebenarnya."

" Nadia?" Dahi dah berkerut. Nadia? Nadia mana? Cara Aizat cakap macamlah dia kenal Nadia tu siapa.

Aizat angguk. " Nadia. Nadia Mokhtar?"

" Nadia Mokhtar?" tanya Sha lagi. Dia sendiri terkejut, nama tu macam familiar. 

" Kelas 5 AK. Tak ingat?"

" You mean Jonet ke?"

" Aaah.. Jonet " Dan Aizat angguk sambil tergelak kecil. Muka Sha penuh tanda tanya. 

" Kitorang bertunang dalam akhir tahun lepas. Majlis kecil-kecil je. " Dan Aizat senyum. 

***
Life can show no mercy
It can tear your soul apart
It can make you feel like you've gone crazy
But you're not

Things have seemed to change
There's one thing that's still the same
In my heart you have remained
And we can fly fly fly away
Micheal Buble, Lost. 

End.

3 comments:

thanks yaww.