Apa ada kat Jordan. Hmm susah nak jawab soalan ni.
Tapi jawablah kan, sebab dah itu soalannya.
Tapi jawablah kan, sebab dah itu soalannya.
***
2009.
Aku jaga booth untuk subjek Biologi.
Masa tu cikgu-cikgu praktikal sekolah aku buat Science Exhibition. Kira semua subject sains akan buat booth la.
Ada booth untuk physic, aku tak ingat sangat diorang tunjuk apa. Tapi chemistry buat letupan gunung berapi tak silap.
Aku dengan Supriyadi pulak buat Blood Pressure and BMI booth untuk subjek Biologi lah.
Sup tolong ambil BP orang dan aku pulak ambil berat dan tinggi kemudian kirakan BMI orang tu.
Then bagi nasihat-nasihat sikitlah pasal BMI ni. How irony. Hmm.
Lepas exhibition tulah aku dapat komen member-member kata aku sesuai lah jadi doktor.
So itulah trigger aku nak jadi doktor kot. Luls.
Padahal kalau fikir balik, apak dia kaitan kira BMI dengan jadi doktor kan? --'
***
2010.
SPM. Wiwiwiwi
***
2011.
Berlagaknya aku dapat 11A lurus.
Aku memang lupa terus cita-cita nak jadi journalists nak keluar tivi nak mengacara jalan-jalan cari makan atau rasa halal asia.
Terus aku pilih doktor.
Along ada tanya " Kau sure ke nak ambil medic?"
Aku jawab, " Asal? Susah gila ke?"
Along tanya balik, " Kau rasa SPM susah tak?"
Jawab aku, " Takdelah susah tapi kena rajin lah."
" Kalau kau rasa tak susah takpelah. Medic lebih kurang SPM lah tak susah kena rajin je."
Tak susah tapi kena rajin tu. Aih.
***
2012.
Aku tak tahu, seriously.
Apa ada kat Jordan.
Padahal kalau soalan tu tukar apa takda peh bukan main banyak lagi aku boleh jawab.
Aku malas nak fikir keseronokan duduk Malaysia.
Pasal orang kata kufur nikmat kalau aku buat cenggitu.
Dan aku memang kena duduk sini lagi 5 tahun pun, so tak payah fikir lah.
Mari jap aku cuba list 10 benda kan apa ada kat Jordan.
1. Aiskrim dia serious murah. Dan even dengan RM 0.40 aku boleh dapat eskrem sedap. Wuwuwu
2. Ada musim sejuk. Time peek dia sejuk betul. Siap ada salji lagi. Tahun lepas lah. Tahun ni hentohler ada ke tak.
3. Lelaki jordan dan perempuan dia sumpah kacak dan cantik. Kira common face kat sini memang baka baik punya lah. Tak macam common face melayu. Which referring to me jugaklah :P
4. Praktikal solat tu memang praktikal. Boleh nampak orang solat kat mana-mana. :D
5. Saloon, swimming pool, gym semua ada asing lelaki perempuan. Best kan. :D
6. Kebab, syawarma.
7. Slash.
8. Cekelat dia boleh tahanlah murah.
9. Shawl murah gila. Tapi aku tak pakai so. emmm krik krik
10. krik krik
***
Ada gak half of me cakap balik nanti aku nak sambung cita-cita aku untuk masuk tivi.
Aku nak jugak mengacara. Muehehe.
Tapi gila apa. Hutang RM 100,000.00
Unless suami aku kaya --' which is tak lah kan sebab aku minat dia. Dia pun nak kena settlekan contract. Eh apa aku ni. Gelinya.
Ah tapi aku dah niat nak jadi doktor.
Aku nak pandai sambut bayi.
So that aku boleh sambut bayi. :D Lolwhut.
Mak aku lah pesan, " Kaklang kena selalu niat supaya study tu tak jadi sia-sia. Niat nak jadi doktor sebab nak tolong ramai orang. Kesian yang kena bersalin dekat hospital kerajaan tu, kena sambut dengan doktor lelaki."
Macam biasa aku hanya mampu jawab, " Insya Allah, mak."
***
Jangan terkejut kalau tengok aku keluar tivi nanti :P
No comments:
Post a Comment
thanks yaww.