Orait. Akhirnya after those months of waiting akhirnya aku balik gak kampung. Jumpala opah tersayang. Ahaks. Tapi latest gambar tadela, opah segan nak tangkap gambar. Tak lawala, apalah. Kitorang balik kampung Ahad. Perjalanan meriah gila bang bang boom.
nih tgh borak sal apa aku tatau.
pagi-pagi nih. ngantuk lagi.
hanun layan je lah.
naufal tengah baca komik.
Dalam kereta, mak aku pesan dah, sapa mulut cakap benda tak elok, bayar sepuluh sen. Alih-alih, sampai berbakul-bakul sepuluh sen, mak aku pun tukar denda. “ Sapa taknak bayar sepuluh sen, kena zikir.” Dah lepas tu berzikir je lah. Bila semua happy, perjalanan rasa sangat singkat. Hanya 3 jam lebih. Oh ya, kali ni balik kampung tanpa ayah and Along. Maybe next time lah ada diorang.
Ahad. Hari ferst. Aku ngan Hanun asyik gelak jeh sambil buat nota sejarah, aku semangat gila kot. Yelah, dah lama sangat tak pegang buku. Malam pertama kitorang lepak kat rumah baru. Pegi kedai jap kat depan untuk beli sepuluh biji telur. Dan bawang. Aku tak tahu nak beli bawang camane en. Haha.
“ Kak, bawang ada tak?” Akak kedai angguk.
“ Em, bagi sikit kak.” Akak tu pun ready plastik. “ Sikit berapa?” Aku dah keliru.
“ Em, paling sikit berapa kak?” Yang sebenarnya aku tak tahu nak cakap sikit tu refer pada apa. Bilangan bawang kah? Atau duit? Last-last akak tuh selamatkan aku dari terus keliru. Haha
“ Nak bawang seringgit ke,dik?” Oh yeah. Seringgit . Aku angguk.
Banyak gak bawang yang dia bagi. Tak macam kat KL, bawang mahal. Aku balik sukaria sambil minum cincau tin.
Isnin. Hari second. Opah ajak aku kopek ubi kayu. So I know now yang ubi kayu ada dua jenis. Ubi kayu Cina ada. Ubi kayu kekabu ada. Korang tahu ke? Haha. Opah aku tanam banyak gila pokok kat rumah baru neyh. Pokok ubi, pokok halia, pokok kunyit, pokok bendi pun ada. Tapi sikit je. Aku pelik gak kenapa bendi dua batang pokok je.
Kata opah, “ Bendi kena selalu jirihnya.” Aku dah tak faham. Rupanya Jirus = Siram = Jirih. Slang je lebih.
Senja itu kitorang head to rumah lama, Lorong Tok Tongkat. Connection tenet memang blank terus. Baguih.
Berabukla fesbuk.
Malam tu Amri kata nak balik kampung esok. Dan sebab Kak Tiqah ada banyak muvie melayu macam Astro Ferst gamaknya. Malam uh merasala aku nonton Khurafat dan Aku Masih Dara. Aku pikir Khurafat best. Biasa je. Aku pikir Aku Masih Dara biasa jeh. Tapi leleh gila. Sumpah feel. Tetiba aku rasa nak like page Raja Farah.
tuan punya laptop. kak tiqah.
Selasa. Hari third. Dari pagi ke tengah hari kemaruk Final Destination. Habis 3 muvie. Tapi yang ke tiga tak habis lak. Sebab kena bergegas ke rumah kawan mak Cikgu Salmiah yang apparently mengajar cousin aku, Natasya. Kelakar gila tengok two best friends reunite after almost 30 years. Woha! Imbas balik cerita lama.
Rupanya mak aku orang panggil “ Moi.” Dah macam Hanis moi lak.
Tapi most of my mom members stayed at RPK. Mak lak blah ke Teknik Ipoh. Sebab tu, susah nak catch up balik. Aku bersyukur gila ada gak fesbuk yang connecting people tu. Alhamdulillah, boleh lagi contact.
Malamnya kitorang bermalam di kampung Ketior, which is our dad hometown. Malam tu gak Mak Yong belanja makan Satay Kuala Kangsar. Sedap woah. Komersial sikit mahu kalah Haji Samuri.
kampung ketior. ini rumah baru setelah rumah asal completely terbakar 2005.
Rabu. Hari Forth. Balik semula ke Sayong. Jumpalah Amri. Terkejut bhai. Rambut sikit punya cantik, tak boleh blah. Then catch up cerita PLKN Sinaran Suria. Oh rupanya Amri pun dah ada MP3 Sony yang Iman, Yana, Tango, Ecah, Hafsah ada tuhhhh.
taknak tangkap gambar punya pasal. kandid jela bhai.
ni plak Haikal try on rambut Amri. Cam korean tak? Haha.
Sambung balik Final Destinasi. Pastu layan Adnan Sempit. Memang sempit pun, tak faham aku apa yang bestnya, entah. Pastu layan gak 53th Grammy Award. Tapi skip Lady Gaga, tak tahan aku. Geli.
Petangnya kitorang, aku ngan Hanun main basikal, pusing keliling rumah opah.
main zombie lah tuh!
Khamis. Hari Fifth. Bangun sikit punya awal. Harini dah kemaruk Zombie vs. Plant punya game. Pengaruh Amri. Haha.
Pastu tolong kupas bawang, kupas halia. Mak ngan kak Tiqah, Opah, Kak Ngah memasak untuk buat makan-makan sikit kat surau.
Jumaat. Last day. Pergi rumah Pah Cho jap, sebab nak tgk anak cik Suzy.
benda alah nih comel kan? Snap japp.
ni comel gak. haha.
tak nampak,
close up japp.
Singgah kuala jap. And then head home. Yaww.
wahh ! husna . seronok nya ! :D
ReplyDeletehaha, zaim pon kemaruk zombi vs plant tuh.
ReplyDelete*aku men jerit2 sbb takut zombie tuh =__='
hahaha
wah best balik kg husna!
ReplyDeletewahh bestnyaa. nak jugakk. haaa :)
ReplyDelete